Catatan

Kereta rosak akibat banjir? Adakah anda dilindungi insurans?

Mungkin ramai mangsa banjir tertanya jika mereka dapat membuat tuntutan ke atas kerosakan kenderaan mereka. Pada amnya, polisi pihak ketiga mahupun komprehensif tidak melindungi kenderaan anda terhadap risiko banjir. Ini bererti anda tidak dapat menuntut kerugian ke atas kerosakan kereta atau motosikal kerana memasuki air. Tuntutan juga tidak boleh dibuat jika kenderaan hilang dihanyut air. Akan tetapi, perlindungan tambahan boleh dibeli untuk tujuan ini. Perlindungan “peril khas” bukan sahaja akan memberi pampasan terhadap kerosakan dan kehilangan kenderaan akibat banjir, tetapi juga melindungi kenderaan anda dari bencana lain seperti ribut taufan, gempa bumi dan tanah runtuh. Perlindungan ini boleh didapati ketika pembaharuan polisi insurans komprehensif kenderaan. Bayaran bagi perlindungan tambahan ini adalah sebanyak 0.5% daripada  jumlah yang diinsuranskan . Banjir bukanlah satu-satunya risiko yang tidak dilindungi polisi asas. Ketahui  jenis-jenis risiko  lain yang jug